Monday, March 31, 2014

Seketika

Assalamualaikum Dearies!

Seketika
Aku berfikir
Di mana jiwa kita
Di mana pegangan kita

Seketika
Aku termenung
Siapa kita?
Bila masanya kita kan menjadi watak utama?

Bila kita akan kemudi dunia?
Bila kita akan berbakti pada dunia?
Bila kita akan berbakti pada agama?
Bila kita akan berbakti kepada ibu bapa?

Bila kita akan membela bangsa? 

Manusia
Hanya bijak berkata
Tapi semua hanya
Omongan kosong
Tiada kebenaran
Hanya mengikut kawan

Berkata di sebalik topeng kemodenan
Bertikam lidah di sebalik kesamaran 
Solusi di sebalik ketidakpastian

Apa tugas kita sebenarnya?

F.J <3

Wednesday, February 19, 2014

watak dunia

Assalamualaikum

kadang-kala aku terfikir sejenak, watak yang memenuhi dunia ini semuanya berbeza. Tiada yang sependapat, tiada yang mengalah. Watak ini sentiasa berpegang kepada aku sahaja yang betul.  Maka, adakah watak ini yang kita salahkan atau watak ini mengatakan aku mengikut sahaja takdir yang telah ditentukan ke atas diriku. Watak ini adalah manusia. Kita. Awak. Saya. Kami. Kau. Aku. Semuanya adalah watak dunia. 

Sesetengah pihak mengatakan takdirnya telah ditentukan. Sesetengahnya berpegang kepada usaha akan membuahkan hasil. Sesetengahnya mengatakan kita diberi pilihan untuk mencorakkan kehidupan. Tapi adakah kita lupa atau buat-buat lupa yang kita harus berpegang kepada Yang Maha Esa. Dunia hanya persinggahan bagi mengumpul bekalan. Adakah benar watak-watak ini ke arah itu? Atau kita membuat pilihan kita akan bahagia dan gembira dengan melakukan apa yang kita suka? 

Yang kaya tetap kaya, yang miskin tetap miskin. Benarkah yang miskin inginkan kekayaan? Atau ramai yang memilih kesederhanaan namun mereka bahagia? Atau ramai yang terlalu menginginkan kekayaan sehingga lupa plot cerita sebenar hidup kita? 

Sejak lahir kita sudah diprogramkan. Anak kepada siapa. Adik atau abang atau kakak kepada siapa. Hidup dalam keluarga macam mana. Kita tidak boleh memilih di situ. Bagaimana kita dibesarkan. Sekolah mana kita belajar. Makanan apa yang kita telan dan hadam. Semuanya telah ditentukan. Namun, apabila kita sudah mampu berfikir, kita mula merasakan yang semuanya masih belum mencukupi. Kita mula mengeluarkan senarai keinginan kita sendiri. Kita mula berhasrat untuk mencorakkan plot kita sendiri. Dengan siapa kita berkawan, bagaimana kita berpakaian, makanan apa yang kita telan, lagu apa yang kita dengar, bahasa apa yang kita cakap, tempat mana yang kita lepak dan berterusan sehingga kita merasakan semuanya masih belum sempurna. Apa yang sebenarnya kita cari? 

Hari demi hari, kita mencari sesuatu demi kepuasan sendiri. Kebahagiaan sendiri. Orang lain? Kita sibuk menjadi yang terbaik, kita sibuk menjadi yang tercantik, kita sibuk menjadi yang terpandai....kerana kita ingin menarik perhatian watak lain dalam dunia

Saturday, December 28, 2013

KK-KUNDASANG-MAMUTIK TRIP 2013

Assalamualaikum
Dear Diary

"Jauh perjalanan luas pemandangan"

Haaa..begitulah ungkapan terbaik untuk trip percutian kali ini bagi semester ini, dan tahun terkahir di sini. Dengan arah tujuan ke Kota Kinabalu, kami memulakan perancangan. Eh, salah..tak rancang pun sebab buka laman web air aisa, tengok harga tiket, macam murah, terus book. haha

Pada 20 Disember 2013, bermulalah perjalanan kami merentas bumi Borneo ke Kota Kinabalu. Flight dari Kuching jam 6 pagi dan malam sebelum tu sy ada event habis jam 11malam. haha. gagah nak naik flight pukul 6pagi jadi seawal 3.45 pagi dah kena bangun. adehh. panda mata ku.

Sampai Kota Kinabalu terus tunggu kereta sewa dan bermulalah perjalanan mencabar ke Kundasang. Tapi kami singgah dahulu di Rumah Terbalik. Masuk RM10 seorang. ingatkan banyak rumahnya...tapi satu je rupanya. haha. dalam rumah tu tak boleh amek gambar pun. cuma certain part kat luar yg boleh.

Then, teruskan perjalanan lebih kurang 2 jam dengan jalan yg cerun dan berbukit, memandu viva yg berharap dapat bertahan sepanjang perjalanan. Setelah 2 jam, sampailah kami ke tempat yg dituju iaitu Pine Resort Kundasang. Suasana yg nyaman dan pemandangan yg amat mempesonakan. 

Dah check-in, lepak sekejap dan tanpa membuang masa, pegi makan. Tempat pertama yg dituju adalah Kundasang War Memorial Park. Amek gambar banyak2 then chow sbb cuaca tidak mengizinkan. Kemudian ke Desa Cattle nun di puncak bukit. Sekali lagi kemahiran memandu di uji. Kalaulah, time tu bawak 4wd kan senang...kita lajak jer. Dah amek2 gambar...balik n dinner. 

Cuaca malam yg sgt sejuk, kami dibuai mimpi, tidur lena. Bangun pagi. Sy selak langsir, nampaklah kuasa yg Maha Agung. Begitu indah gunung itu berdiri di situ dengan puncak yg begitu mengagumkan. Subhanallah. Kami bersyukur sebab dapat menyaksikan puncak Kinabalu kerana kebiasannya puncak itu diliputi kabus. 

Setelah sarapan dan photoshoot lagi, kami berangkat ke Kota Kinabalu. 2 jam meredah kabus dan hujan akhirnya sampai. Dah check in, lepak dulu, rehat. Petang sikit pegi cari makan kat Filipino Market. Huwaaaa heaven....seafood. Murah. Sedap. Puas hati. haaaa tak boleh nak describe dah tu. Makan2 then balik tido.

Seawal jam 7 pagi kami keluar ke Gaya Street dimana ada waktu hujung minggu sahaja. Sejam jalan2 kami terus menuju ke Pulau Mamutik. Pulau yg kecik berbanding Pulau Sapi atau Pulau Manukan tapi sudah cukup membuatkan kami terpesona dengan keindahan pantai dan kejernihan air lautnya. Sesampai di pulau tersebut, berjumpa dengan seorang pakcik yg sgt baik. Menjaga kami seperti anaknya sendiri. Kami buat semua. Parasailing sgt best! Pakcik tu pulak baik hati bawak sy snorkelling secara percuma. Wahhh perasaan yg tak boleh diungkap bila dapat melihat keindahan coral dan ikan2 disitu. depan mata kot!
dah beberapa jam kami balik dan jalan2 di sekitar bandar.

Pada keesokan harinya, jam 8 kami bergerak keluar dan ke airport. Selamat tinggal Sabah! Im in love!

*Gambar, silalah ke FB sy...

Wednesday, November 27, 2013

hari bahagia

Assalamualaikum

bahagia.kenak kmk klaka cam tok? aritok kmk dpt suprise dr smenanjung. bunga2 hati kmk nangga kotak pos besar tp ringan. smpi bilik kmk bkk...muncul benda ijau,lembik2...hahaha..katak? sik....kmk happy dpt brg tok...comeillll..terharu kmk ada org sggp penuhi permintaan. kmk gurau jak sik sangka bnar kmk dpt.

meet si hijau

next...ptg tadi g joging kat taman budaya with athera. taman ni cantik sgt..nyaman joging kat situ. ramai orang joging so arini meet new people, new environment..happy jugak sbb da start misi pengurusan badan dan fitness itu penting! sy suda gemuk.....



Tuesday, November 26, 2013

oh my fyp!

Assalamualaikum

Huuuu...today macam makin rasa tekanan dan keresahan akibat projek tahun akhir (pta) a.k.a final year project (fyp)..which ever you prefer...aduhh bukan apa. Takut tak menepati kehendak supervisor wpun dia da mmg jenis yg menolong pelajar2 ni. Alhamdulillah dapat supervisor yg supportive. Tapi high expectation la kan from him. Rasa stress tapi masih bole dikawal kot. haha. Ni maknanye dah redha. 

Tambahan pula, sem ni dah la most of my subject berkaitan design itu dan ini. Means in terms of adobe photoshop, adobe illustrator, sony vegas pro and so on...tepuk dahi banyak kali. Bukan minat diri ini tapi penting untuk tahu semua2 ni cuz its like a bonus nowdays untuk u ada extra skills kan..lum tambah killer subject mcm Communication Law..hehe. 

Okay...approaching December means final exam just around the corner u ollsss! huwaaa bertambah la stress dan kecepatan masa berlalu membuatkan semuanya makin meruncing di saat2 akhir. Ya Tuhan, permudahkanlah segala urusan. Pointer kene naik..wajib! Kena jadi yg terbaik. Tak boleh main2. Kene ingat apa priority datang sini.

Okay...ini hari dalam kelas seperti biasa. Belajar. Teori. habis kelas makan...sempat makan durian sebijik. Da lama teringin.Then balik...nak jumpa orang pasal kerja pun postpone cuz nak edit pta supaya lebih baik. 

Btw, tak sabar nak pegi my next trip cuz obviously I need a gate away right now. 





Thursday, November 21, 2013

semester lima

Assalamualaikum

Sekarang dah hampir sampai ke penghujung. Selama 2 tahun setengah berada di bumi kenyalang, macam-macam dah aku lalui. Drama setiap semester memang sudah dijangka dan aku sentiasa bersedia. Alhamdulillah, Allah memberi aku kekuatan untuk terus melangkah dalam alam universiti ini demi mencapai satu tahap lebih tinggi dalam hidup. Mungkin tidak seperti yang dirancang tapi aku berpuas hati dengan apa yg aku kecapi. sekadar berpuas hati. Ini bukanlah diri aku yang sebenar. Potensi diri disimpan atas sebab-sebab tertentu, tak seperti aku semasa diploma. 

Jika dilihat semula perjalanan di sini, aku tak sangka yg aku mampu bertahan selama ini. Setiap sem ada saja halangan yg akan menjatuhkan semangat tapi seperti biasa aku perlu bangun dan menghadapinya sebab tiada siapa akan menolong kita melainkan diri kita sendiri.

Daripada mati jiwa, minda kosong, aku seperti mayat hidup akibat peristiwa itu, aku cuba bangun perlahan-lahan. Cuba untuk mewarnai dunia sendiri. Cuba memenuhi segala waktu yg ada demi melupakan dan meneruskan hidup. 

Sekarang, misi menamatkan pengajian. Tamat. 

Saturday, June 8, 2013

Kemalangan kecil & besar. Dulu dan Kini.

Assalamualaikum 
Dear Diary

Sebenarnya tengah study Social Inquiry but then tiba2 teringat nak update. Hurmm ada cerita yang ingin dikongsi. haha. Pasal kemalangan semalam..which is kemalangan kecil...consider kecil la for me..tapi sakit and tetap pedih wooo...

Ceritanya begini, semalam, bangun pagi nak buat air teh o seperti biasa...air sudah dimasak dan teh + gula telah diletak..tibalah masa untuk tuang air panas. and guess what, masa tuang air panas tu...sepatutnya mana tumpahnya air panas kalau tak ke dalam cawan tetapi sebaliknya yang terjadi..haha..mana tumpahnya air panas tu kalau tak ke atas tangan sendiri...yeapp..itu dia..bila fashajoe dah jadi clumsy..pergghh rasa melecur dia tak ingat punye..dah la kat tangan..kat tempat yang paling banyak sense okayyy!. Terus letak cawan, lari pegi dapur bukak paip kuat2 letak tangan kat situ...ingat dah okay...pas tadah air tu masih rasa sakit...my housemate keluar then tanya, "nape kak sha?"...yg blurr ni juz jawab kene air panas..hehe. dia terus pegi amek ubat gigi n taruk kat tangan yang kene...eden ni tanya "boleh baik ek camtu?"...haha..lama jugak terpaksa menanggung sakit and stop study jap..

Tapi alhamdulillah, petang dah okay..tangan sempat bengkak sikit jer..thanx to ain...hehe. 

itu dia..tangan yang kene air panas..jadi bengkak, gemuk, pendek..hahaha.. sebenarnya ini peringatan daripada tuhan...biasa lah ada la tu salah mane2..

Okay dah alang2 cerita pasal kemalangan ni kan..teringat la dulu masa awal sem 2 dimana berlaku kemalangan jugak tapi bagi setengah orang benda tu kecik jer.. masa tu baru balik dari kelas...and baru je guna moto yang baru dibeli which is tak sampai 2 minggu lagi pun...

Masa tu hujan dah nak start turun, jadi saya singgah cafe cempaka untuk beli makan..tapi masa dah nak sampai kolej TAZ, hujan dah mulai lebatnye punnn...adoii..saya dengan confident memecut..dan ketika hendak membelok masuk ke kolej kesayangan iaitu BRC...doom macale doom...ewahhh saya tergolek okay kat depan tu...and blok laki kot tu...huwaaa...da la sakit jatuh plus malu...haha. Bawak skuter ego jer tapi belagak mcm bwk Naza..haha..

Masa jatuh..perkara yang saya ingat saya sebut adalah "alaaaa...jatuh.."..dengan gagah saya angkat moto then parking..tapi saya dapat rasakan muka saya dah bercalar and pedih sebab kene air hujan kan.. sampai parking tak tau nak kol sape terpaksa kol the boys...huwaaa turun lah mereka dan perkara pertama diorang sebut..."Fatin, muka kau!"...haha diorang terus sewa kereta dan bawa aku ke hospital..tq yaaa guys. Jasamu dikenang. 

Macam kene dera suami kan..? hehe..selepas kemalangan ni terus bawak moto leklok especially time selekoh..haha. I've learn my lesson!